Laporan Aktiviti
Webinar Pemasaran Digital EKelas Usahawan : Mengurus & Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital
14 July 2025
Tarikh : 19 Jun 2025 (Khamis) Masa : 02.00 petang – 03.00 petang Lokasi : Rumah Peserta
Tujuan ;
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan tentang strategi mengurus dan mengukur keberkesanan pemasaran digital secara sistematik. Ia membantu peserta memahami data prestasi kempen pemasaran, mengenal pasti platform yang paling berkesan serta membuat keputusan yang lebih tepat untuk meningkatkan jualan dan keberkesanan promosi secara dalam talian.
Aktiviti
Webinar ini merangkumi sesi penerangan interaktif mengenai kaedah mengurus kempen pemasaran digital serta teknik menganalisis data prestasi menggunakan alat analitik. Peserta turut didedahkan kepada contoh sebenar penggunaan strategi pemasaran yang berkesan bagi meningkatkan capaian dan pulangan perniagaan.
Gambar disini
|