Tujuan ; Webinar Motivasi Pelajar: Halatuju Selepas SPM bertujuan untuk memberi panduan dan semangat kepada pelajar dalam merancang masa depan mereka selepas tamat peperiksaan SPM. Webinar ini membantu pelajar mengenal pasti pilihan pendidikan, kerjaya, serta potensi diri agar mereka dapat membuat keputusan yang bijak dan yakin dalam melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan. Aktiviti Aktiviti webinar ini merangkumi sesi perkongsian inspirasi daripada penceramah jemputan mengenai pilihan selepas SPM seperti sambung belajar, kemahiran teknikal, dan peluang kerjaya. Peserta juga akan menjalani sesi soal jawab dan aktiviti refleksi diri bagi membantu mereka mengenal pasti minat serta potensi masing-masing. |
Laporan Aktiviti
4 June 2025