Tujuan ; Kelas online Taklimat Lindungi Data Peribadi & Taklimat Perisian Merbahaya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi dalam dunia digital. Ia juga bertujuan memberi pendedahan tentang jenis-jenis perisian berbahaya, cara ia berfungsi, serta langkah pencegahan bagi mengelakkan ancaman keselamatan siber. Aktiviti Aktiviti kelas ini melibatkan sesi penerangan tentang cara mengenal pasti dan melindungi data peribadi serta jenis-jenis perisian merbahaya yang sering digunakan oleh penjenayah siber. Peserta turut menyertai demonstrasi kes sebenar dan latihan mengenal pasti ancaman siber melalui simulasi interaktif. |
Laporan Aktiviti
4 June 2025