

Tarikh : 01 November 2025 (Sabtu
TUJUAN : Kelas ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada komuniti setempat mengenai MYDIGITAL ID sebagai inisiatif Kerajaan dalam memperkukuh identiti digital rakyat Malaysia. Melalui sesi ini, peserta dididik tentang kepentingan keselamatan data, kemudahan akses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian serta penggunaan identiti digital yang selamat, sekali gus menyokong agenda pendigitalan negara selaras dengan aspirasi NADI x Inisiatif Kerajaan.
AKTIVITI : Aktiviti kelas ini merangkumi sesi penerangan mengenai konsep dan fungsi MYDIGITAL ID, diikuti dengan demonstrasi pendaftaran serta penggunaan platform tersebut dalam mengakses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian. Peserta turut dibimbing secara praktikal langkah demi langkah, disertai sesi soal jawab bagi meningkatkan kefahaman, selain perbincangan ringkas berkaitan kepentingan keselamatan data dan amalan terbaik dalam penggunaan identiti digital secara selamat dan bertanggungjawab.