

TUJUAN : Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta tentang cara yang betul dan tepat dalam mengambil ukuran badan bagi tujuan menjahit pakaian. Fokus diberikan kepada teknik asas pengukuran agar hasil jahitan lebih kemas, selesa dan mengikut saiz sebenar pemakai.
AKTIVITI : Peserta mempelajari teknik asas mengambil ukuran badan seperti lilit dada, pinggang, pinggul dan panjang baju menggunakan pita pengukur. Aktiviti dijalankan secara demonstrasi dan praktikal berpasangan bagi memastikan setiap peserta dapat mempraktikkan kemahiran dengan betul.