Tarikh : 10 Jun 2025 (Isnin) Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara membuat pola dan menggunting tudung dua lapis dengan tepat serta kemas. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran asas jahitan, khususnya dalam penyediaan pola dan pengendalian kain, sambil memupuk minat serta keyakinan peserta untuk menghasilkan tudung sendiri. Program ini juga menyokong inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan menawarkan kemahiran praktikal yang berpotensi menjana pendapatan. Aktiviti Aktiviti minggu ini merangkumi demonstrasi langkah demi langkah cara melakar pola tudung dua lapis dan teknik menggunting kain mengikut pola yang telah disediakan. Peserta turut berpeluang mempraktikkan sendiri proses tersebut dengan bimbingan tenaga pengajar. |
Laporan Aktiviti
14 July 2025