mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KELAS KESEDARAN E-SUKAN

NESDEG PART 1 & PART 2
TARIKH : 13 JULAI 2025 (AHAD)
MASA : 1000am – 1100am
PLATFORM : www.esports.nadi.my
Lokasi : NADI Sundar

Tujuan ; 

NESDEG Part 1 memfokuskan kepada asas serta hala tuju pembangunan e-sukan di Malaysia dengan matlamat untuk membentuk ekosistem e-sukan yang teratur, profesional dan inklusif. Kerajaan berhasrat memastikan pembangunan e-sukan dilaksanakan secara sihat, selamat serta membuka peluang kerjaya kepada generasi muda. Seterusnya, NESDEG Part 2 pula memberi tumpuan kepada pembangunan bakat dan penyediaan laluan kerjaya dalam industri e-sukan, di mana kerajaan mahu memastikan pemain e-sukan tidak hanya bermain secara suka-suka, tetapi dibimbing dengan betul melalui latihan, pendidikan dan peluang pembangunan diri.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan melibatkan sesi latihan dan bimbingan khusus kepada pemain e-sukan bagi memantapkan kemahiran serta pengetahuan mereka. Selain itu, pendedahan berkaitan peluang kerjaya dalam industri e-sukan turut diberikan melalui ceramah dan perkongsian pengalaman daripada pakar industri.

Gambar disini