mcmc
Galeri Foto

NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat Cybersecurity

Webinar Dari Serangan Siber ke Pemulihan

Tarikh : 10 Julai 2025 Khamis
Masa : 0300pm-0430pm

TUJUAN : Tujuan webinar “Dari Serangan Siber ke Pemulihan” anjuran NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai ancaman keselamatan siber serta langkah-langkah perlindungan dan pemulihan yang berkesan. Program ini juga bertujuan membekalkan kemahiran asas dalam mengurus risiko digital, agar komuniti lebih bersedia dan berdaya tahan menghadapi sebarang insiden siber.

AKTIVITI : Webinar ini merangkumi sesi perkongsian ilmu oleh pakar keselamatan siber yang membincangkan jenis-jenis serangan digital dan langkah perlindungan data peribadi. Peserta turut didedahkan kepada kaedah pemulihan selepas serangan serta amalan terbaik untuk kekal selamat dalam talian.