|
AKTIVITI : TUJUAN : Kelas NADI x KidVenture Edisi Ekspress 3.0 bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas keusahawanan melalui perancangan perniagaan yang sistematik, penetapan matlamat menggunakan SMART Goals serta pemahaman sokongan yang boleh membantu usahawan baharu. Program ini juga memfokuskan kemahiran pemasaran moden dengan elemen AI, penyediaan pelan perniagaan, penggunaan Business Model Canvas dan pengukuhan kefahaman melalui tugasan serta kuiz pemasaran. AKTIVITI : Aktiviti merangkumi tontonan video pra-latihan berkaitan perancangan perniagaan, sokongan keusahawanan dan penetapan SMART Goals, diikuti pembentangan slaid mengenai pemasaran menggunakan elemen AI serta penyediaan pelan perniagaan. Peserta turut melaksanakan tugasan Business Model Canvas dan menjawab kuiz pemasaran bagi mengukuhkan kefahaman serta aplikasi ilmu yang dipelajari. |
Laporan Aktiviti
30 December 2025