Tujuan ; Program NADI x Inisiatif Kerajaan Komuniti Madani merupakan kerjasama strategik antara pihak Jabatan Penerangan Lawas dan Komuniti Madani Kampung Luagan, Sundar, yang bertujuan untuk memperkasa masyarakat melalui akses kepada maklumat, teknologi digital dan peluang pembangunan komuniti. Inisiatif ini menjadi platform penting dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan, memperkukuh perpaduan serta menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam program kemasyarakatan dan digital. Aktiviti 1. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi taklimat penerangan dasar kerajaan, demonstrasi penggunaan kemudahan digital NADI, serta libat urus bersama penduduk kampung. Program ini turut menyediakan ruang interaksi antara agensi kerajaan dan komuniti secara langsung bagi menyampaikan maklumat serta mengumpul maklum balas. |
Laporan Aktiviti
28 May 2025