| TARIKH : 03 JANUARI 2026 (SABTU) | MASA : 1000AM – 1100AM |
| TUJUAN : Program NADI X Inisiatif Kerajaan (Bantuan Ibu Bersalin) ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan dan maklumat ringkas kepada masyarakat, khususnya ibu mengandung dan keluarga, mengenai bantuan serta sokongan yang disediakan oleh pihak kerajaan berkaitan kebajikan ibu bersalin. Inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan ibu dan bayi, di samping memudahkan orang ramai memahami syarat kelayakan serta cara mendapatkan bantuan yang disediakan. | |
| AKTIVITI : Sepanjang program NADI X Inisiatif Kerajaan (Bantuan Ibu Bersalin), petugas NADI memberikan penerangan ringkas berkaitan bantuan ibu bersalin serta membimbing pemohon mengenai proses permohonan. Selain itu, petugas NADI turut membantu menyemak dan mengumpul dokumen sokongan daripada pemohon bagi melancarkan urusan permohonan, antaranya gambar berukuran pasport ibu, salinan kad pengenalan suami dan isteri (asal), buku pink ibu dan nota discaj, penyata akaun bank ibu, sijil lahir anak yang baru dilahirkan, serta maklumat emel, Sarawak ID dan nombor telefon suami isteri. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan permohonan lengkap, teratur dan mudah diproses oleh pihak berkaitan. GAMBAR DISINI | |
Laporan Aktiviti
8 February 2026