Tujuan ; Pada minggu ke-15 kelas Mahir Masak, para peserta akan mempelajari teknik menyediakan masakan Western yang popular iaitu perapan chicken chop serta penyediaan sos cendawan yang lazat. Kelas ini memberi penekanan kepada penggunaan bahan-bahan yang sesuai untuk menghasilkan perapan yang menyerap sempurna ke dalam ayam, serta kaedah memasak yang betul bagi memastikan rasa dan tekstur yang enak. Peserta juga akan didedahkan kepada langkah demi langkah dalam membuat sos cendawan berkrim yang melengkapkan hidangan ini. Aktiviti 1.Aktiviti kelas minggu ini melibatkan demonstrasi penyediaan perapan chicken chop diikuti dengan sesi praktikal di mana peserta akan mencuba sendiri resepi tersebut. Seterusnya, peserta akan belajar cara menyediakan sos cendawan berkrim yang sesuai dipadankan dengan hidangan utama. |
Laporan Aktiviti
3 June 2025