Tujuan ; Kelas Mahir Jahit minggu ke-4 memberi fokus kepada pengenalan asas jahitan tangan, yang merupakan kemahiran penting sebelum peserta beralih kepada penggunaan mesin jahit. Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada jenis-jenis jahitan asas seperti jahitan jelujur, jahitan kia, dan jahitan insang pari serta teknik penggunaannya dalam projek jahitan harian. Aktiviti 1. Peserta mengikuti demonstrasi video langkah demi langkah bagi setiap jenis jahitan tangan. Mereka kemudian diminta mencuba sendiri jahitan tersebut di rumah menggunakan bahan asas yang disediakan. |
Laporan Aktiviti
28 May 2025