Tujuan ; Kelas Mahir Jahit minggu kedua yang dijalankan secara atas talian bertujuan untuk membimbing peserta tentang cara mendapatkan slaid kelas dan rakaman video siaran langsung dalam sistem mahir.nadi.my (MTS). Selain itu, peserta turut diajar langkah memuat naik surat ketidakhadiran ke dalam MTS serta cara berkomunikasi dengan tenaga pengajar melalui fungsi chat. Sesi ini juga memberi makluman awal mengenai topik minggu hadapan iaitu berkaitan alatan dan bahan jahitan. Aktiviti 1. Aktiviti kelas minggu kedua merangkumi tunjuk ajar cara memuat turun slaid, menonton rakaman video kelas, dan memuat naik surat ketidakhadiran ke dalam sistem MTS. Peserta juga belajar cara menggunakan fungsi chat untuk berhubung dengan tenaga pengajar serta diberi taklimat ringkas tentang alatan dan bahan yang akan digunakan dalam kelas minggu hadapan.
|
Laporan Aktiviti
28 May 2025