mcmc
Laporan Aktiviti

Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Kursus Photo Phone anjuran Jabatan KEMAS Lawas

Tarikh : 14 & 15 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)
Masa : 0830am – 0400pm

Tujuan ; 

Tujuan Program Kursus Photo Phone (KKJP) ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam bidang fotografi menggunakan telefon pintar. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kreativiti serta membolehkan peserta menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi bagi tujuan peribadi, dokumentasi atau kandungan digital. Selain itu, kemahiran ini turut memberi manfaat besar kepada para usahawan dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka secara lebih menarik dan profesional di platform media sosial.

Aktiviti

Sepanjang program, peserta didedahkan dengan teknik asas fotografi menggunakan telefon pintar seperti komposisi, pencahayaan dan suntingan gambar. Aktiviti turut melibatkan sesi praktikal luar bagi mengasah kemahiran mengambil gambar dalam situasi sebenar.

Gambar disini