Tujuan ; Tujuan Kelas Suntingan Gambar (VSCO Apps) adalah untuk membimbing peserta menggunakan aplikasi VSCO secara kreatif dan efektif bagi menghasilkan suntingan gambar yang menarik dan berkualiti tinggi. Kelas ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam aspek komposisi visual, pemilihan penapis, serta teknik penyuntingan asas untuk kegunaan peribadi atau kandungan media sosial. Aktiviti Dalam kelas ini, peserta akan belajar langkah demi langkah menggunakan ciri-ciri utama aplikasi VSCO seperti penapis, pencahayaan, dan keseimbangan warna. Aktiviti turut melibatkan sesi amali di mana peserta menyunting gambar mereka sendiri sambil menerima maklum balas dan panduan daripada tenaga pengajar. |
Laporan Aktiviti
8 June 2025