Tujuan ; Kelas Mahir Jahit Minggu 9 yang diadakan secara atas talian di NADI Sundar bertujuan untuk membimbing peserta dalam teknik menggunting fabrik Kurung Moden dengan tepat berpandukan pola yang telah disediakan. Fokus utama kelas ini adalah untuk memastikan peserta memahami susun atur pola di atas kain, cara menanda fabrik dengan betul, serta langkah menggunting yang kemas bagi menghasilkan potongan yang siap untuk dijahit. Aktiviti Aktiviti kelas melibatkan demonstrasi teknik menggunting fabrik Kurung Moden secara terperinci oleh tenaga pengajar. Peserta kemudian akan melakukan latihan praktikal menggunting fabrik menggunakan pola masing-masing sambil menerima bimbingan dan maklum balas secara langsung. |
Laporan Aktiviti
3 June 2025