Tujuan ; Tujuan Kelas Kesedaran Esukan MLBB adalah untuk mendidik peserta tentang risiko scammer dan perangkap dalam dunia gaming serta cara melindungi diri dan akaun mereka daripada ancaman tersebut. Selain itu, kelas ini juga bertujuan memupuk budaya komunikasi yang positif dan selamat dalam komuniti e-sukan bagi mengurangkan sikap toksik dan meningkatkan pengalaman permainan yang sihat. Aktiviti Dalam kelas ini, peserta akan mengambil bahagian dalam sesi interaktif yang membincangkan teknik mengenal pasti scammer serta langkah keselamatan untuk melindungi akaun gaming mereka. Aktiviti turut melibatkan perbincangan dan latihan komunikasi berkesan untuk membina suasana komuniti e-sukan yang positif dan bebas daripada sikap toksik.
|
Laporan Aktiviti
4 June 2025