





Tarikh: 15 Januari 2026

Masa: 3:00 – 4:30

Platform: LMS NADI X CYBERSECURITY
TUJUAN : Tujuan kelas ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan awal serta meningkatkan kesedaran peserta terhadap ancaman siber yang semakin berleluasa dalam dunia digital, di samping membekalkan pengetahuan asas mengenai jenis-jenis ancaman siber, risiko keselamatan data dan kepentingan menjaga privasi agar peserta lebih bersedia, berwaspada serta mampu melindungi diri, organisasi dan maklumat peribadi dalam penggunaan teknologi digital seharian.
AKTIVITI : Aktiviti kelas ini melibatkan sesi webinar interaktif yang merangkumi penerangan mengenai ancaman siber dalam dunia digital, perkongsian contoh kes sebenar, perbincangan risiko keselamatan siber serta langkah pencegahan yang boleh diamalkan, diikuti dengan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan dan meningkatkan kefahaman terhadap isu keselamatan siber secara menyeluruh.