Tarikh : 21 Julai 2025 (Isnin) Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran digital dalam kalangan peserta muda mengenai bahaya berita palsu dan perisian berbahaya. Melalui taklimat interaktif yang disesuaikan mengikut umur, peserta didedahkan kepada maklumat penting bagi melindungi diri semasa menggunakan internet dan teknologi secara selamat serta bertanggungjawab. Aktiviti Program ini merangkumi dua sesi taklimat yang dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sesi pertama memberi pendedahan kepada peserta berumur 12 tahun ke bawah tentang cara mengenal pasti dan mengelakkan berita palsu, manakala sesi kedua memberi penekanan kepada peserta berumur 13 tahun ke atas mengenai risiko dan langkah pencegahan terhadap perisian berbahaya. |