Laporan Aktiviti
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KELAS KESEDARAN E-SUKAN
5 September 2025
NESDEG PART 1 & PART 2 TARIKH : 13 JULAI 2025 (AHAD) MASA : 1000am – 1100am PLATFORM : www.esports.nadi.my Lokasi : NADI Sundar
Tujuan ;
NESDEG Part 1 memfokuskan kepada asas serta hala tuju pembangunan e-sukan di Malaysia dengan matlamat untuk membentuk ekosistem e-sukan yang teratur, profesional dan inklusif. Kerajaan berhasrat memastikan pembangunan e-sukan dilaksanakan secara sihat, selamat serta membuka peluang kerjaya kepada generasi muda. Seterusnya, NESDEG Part 2 pula memberi tumpuan kepada pembangunan bakat dan penyediaan laluan kerjaya dalam industri e-sukan, di mana kerajaan mahu memastikan pemain e-sukan tidak hanya bermain secara suka-suka, tetapi dibimbing dengan betul melalui latihan, pendidikan dan peluang pembangunan diri.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan melibatkan sesi latihan dan bimbingan khusus kepada pemain e-sukan bagi memantapkan kemahiran serta pengetahuan mereka. Selain itu, pendedahan berkaitan peluang kerjaya dalam industri e-sukan turut diberikan melalui ceramah dan perkongsian pengalaman daripada pakar industri.
Gambar disini
|