mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Kesejahteraan Kendiri NADI CareMenonton Youtube Studio Sihat Podcast : Asyik Lupa, Mudah Emosi Drama Queen ke pemalas ke ADHD sebenarnya?

Tarikh : 08 Julai 2025 Selasa
Masa : 1000am-1100am
Lokasi : NADI Sundar

Tujuan ; 

Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang kesihatan mental dan emosi melalui tontonan podcast Studio Sihat yang membincangkan isu seperti ADHD, sifat pelupa, dan perubahan emosi. Ia bertujuan membantu peserta memahami diri dengan lebih baik serta mendorong mereka mendapatkan sokongan yang sesuai jika diperlukan.

Aktiviti

Peserta menonton podcast Studio Sihat di YouTube yang membincangkan topik menarik berkaitan tingkah laku seperti mudah lupa, emosi tidak stabil, dan kaitannya dengan ADHD. Sesi ini turut diikuti dengan perbincangan santai bagi menggalakkan perkongsian pengalaman serta meningkatkan kefahaman tentang kesihatan mental.

Gambar disini