Tarikh: 5 Jun 2025 (Khamis) Webinar NADI x AWARENESS – NADI SAFE & SHIELD bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para peserta tentang bahaya dunia digital yang semakin berkembang. Melalui topik NADI SAFE, peserta didedahkan kepada ancaman virus digital yang boleh merosakkan sistem dan mencuri data peribadi. Seterusnya, topik NADI SHIELD memberi tumpuan kepada bahaya laman web tidak selamat yang boleh mengancam keselamatan peranti dan privasi pengguna. Kelas ini diadakan bagi membekalkan pengetahuan asas dan langkah pencegahan kepada peserta agar lebih bijak dan selamat semasa melayari internet. Aktiviti Dalam kelas ini, peserta akan mengikuti sesi penerangan interaktif mengenai jenis-jenis ancaman digital dan cara mengelakkannya. Aktiviti turut melibatkan perkongsian situasi sebenar dan langkah keselamatan yang praktikal untuk diamalkan. |