Tujuan ; Kelas Kesedaran NADI E-Sukan bertujuan untuk membentuk sikap profesional dan mental yang kuat dalam kalangan pemain e-sukan. Melalui topik “Kawalan Emosi & Mental Juara” dan “Kod Etika Pemain E-Sukan,” peserta akan didedahkan dengan cara mengurus tekanan, membina ketahanan mental, serta memahami tanggungjawab dan etika dalam arena kompetitif. Aktiviti Aktiviti kelas melibatkan sesi interaktif di mana peserta belajar teknik kawalan emosi melalui latihan praktikal dan perbincangan kumpulan. Selain itu, peserta juga akan mengkaji dan mengamalkan kod etika pemain e-sukan melalui simulasi situasi sebenar dan refleksi bersama tenaga pengajar. |
Laporan Aktiviti
3 June 2025