Tujuan ; Sesi 2 Tiny Techies khas untuk kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bertujuan untuk memperkenalkan asas kejuruteraan dan teknologi kepada pelajar dengan pendekatan yang menyeronokkan dan mudah difahami. Dibimbing oleh mentor hebat dari UiTM, sesi ini memberi pendedahan awal kepada dunia STEM serta menggalakkan minat dalam bidang teknikal sejak usia muda. Aktiviti Aktiviti sesi ini melibatkan penerangan interaktif tentang konsep asas kejuruteraan dan teknologi yang disampaikan oleh mentor dari UiTM. Peserta juga akan menyertai aktiviti praktikal atau simulasi mudah yang membantu mereka memahami aplikasi sebenar dalam dunia STEM. |
Laporan Aktiviti
3 June 2025