Tujuan ; Pada minggu ke-8 kelas online Mahir Jahit, peserta akan mempelajari asas mendraf pola Kurung Moden dengan teknik yang betul dan kemas. Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta memahami ukuran badan, kaedah melakar pola dengan tepat, serta menyediakan asas penting sebelum proses memotong dan menjahit bermula. Aktiviti 1.Aktiviti kelas minggu ini dimulakan dengan demonstrasi langkah demi langkah mendraf pola Kurung Moden berdasarkan ukuran sebenar. Seterusnya, peserta akan melakukan latihan praktikal dengan membina pola masing-masing berpandukan tunjuk ajar tenaga pengajar secara langsung. |
Laporan Aktiviti
3 June 2025